Jadi Perdebatan Netizen Kerana Ceburi Bidang Nyanyian, Meerqeen Tetap Mahu Menyanyi

Hiburan

Jadi Perdebatan Netizen Kerana Ceburi Bidang Nyanyian, Meerqeen Tetap Mahu Menyanyi

Usia pembabitannya dalam industri seni baru setahun jagung, namun pelakon yang kini bergelar penyanyi, Meerqeen, 20, dianggap bertuah apabila pantas mencuri perhatian.

Meerqeen
3 years ago

Pernah Jadi Model Jenama Antarabangsa, Meerqeen Hanya Mahu Dibayar Setimpal Dengan Kerja

Advertisement

Namun, keputusan anak saudara kepada penyanyi popular era 1990-an, Safura Yaacob ini menceburi bidang nyanyian apabila muncul dengan single pertama berjudul Menunggu mencetuskan perdebatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Ada beranggapan masih terlalu awal untuknya mengasah bakat sebagai penyanyi tanpa persediaan apabila suara dikatakan tidak seberapa, namun, ada juga percaya, Meerqeen seharusnya menyambar peluang depan mata.

Mengulas mengenai hal tersebut, Meerqeen berkata, dia mahu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendengar single Menunggu. 

Jika ada yang kurang senang dengan suara saya, tiada apa yang boleh dikatakan. Mungkin suara saya bukan pilihan mereka. Jangan risau, kritikan ini tidak melunturkan semangat untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.

Meerqeen

Apabila ditanya oleh pihak Berita Harian mampukah menyanyi secara live atau masih terbit kebimbangan jika suara ke laut, bekas penuntut Diploma Jurusan Insurans, Kolej Vokasional Gombak itu berkata, dia masih baharu dan memerlukan sokongan dari orang ramai.

Semoga berjaya Meerqeen!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...