Pelakon hebat, Beto Kusyairy berpendapat bahawa tidak salah untuk pengguna media sosial menggunakan paltform tersebut untuk melepaskan amarah dan tekanan yang terbuku di dalam hati mereka, lebih-lebih lagi negara sedang bergolak dengan kenaikan kes harian COVID-19.
Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman telah meluahkan pandangannya itu menerusi perkongsian di Twitternya dan menegur tindakan sesetangah pihak yang tidak bersetuju jika seseorang itu menggunakan platform media sosial untuk meluahkan perasaan marah mereka.
Ramai kawan-kawan kita sedang tertekan. Setuju kepada Tuhan kita mengadu dan memohon, tetapi media sosial juga boleh dijadikan tempat buat melepas amarah dan tekanan yang terbuku,
Semoga kalian yang sedang dalam kesempitan dilapangkan dada, diluaskan jalan dalam menangani segala kekurangan serta diberi kekuatan & semangat olehNya
..aamin aamin aamin Ya Rob ??? pic.twitter.com/DUb7qAYQjY— Beto Saii ?? (@Beto_Kusyairy) July 14, 2021
Tambahnya lagi, saban hari kes gantung diri dan terjun bangunan sudah semakin meningkat di negara ini jadi tidak salah untuk meluahkan dari terus-menerus memendam.
Sedia maklum, negara telah mencatatkan peningkatan dalam masalah kesihatan mental dan kemurungan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan 266 kes kematian telah direkodkan atas akibat bunuh diri sejak Mac hingga Oktober tahun lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.