Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Penat’ Tengok Kegagalan Kerajaan Urus COVID-19, Naim Daniel Nafi Mahu Tunjuk Hero, Hanya Memahami

Naim Daniel

Lantang memberikan pendapat, penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel akui telah ‘penat’ melihat kegagalan kerajaan menguruskan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin,24, berkata rakyat kini sudah lelah dengan perubahan SOP yang sering bertukar-tukar.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Ujar penyanyi lagu Purnama ini lagi, dia sebagai rakyat biasa turut berasa terkesan dengan sikap dan cara pihak atasan membendung penularan wabak membunuh ini.

“Saya bukan nak tunjuk hero, tapi seperti yang kita tengok semua orang dah rasa penat..bukan negara kita tak pernah dapat zero case. Tapi sekarang usaha semua pihak berkorban masa dan tenaga jadi sia-sia. Bukan saya nak salahkan orang atasa tapi kalau ia diuruskan dengan baik, benda ini (PKP) tak jadi lagi..”

Dia yang dihubungi media baru-baru ini turut menyelami perasaan serta keluh kesah orang ramai yang terkesan terutamanya dari sektor ekonomi susulan PKP 3.0.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Tambahnya lagi, ketidak adilan yang berlaku tidak perlu didiamkan oleh semua pihak kerana takut diambil tindakan kerana percaya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berdemokrasi.

“Lagipun apa yang saya tulis itu dalam cara berilmiah serta diplomasi, saya percaya negara kita ini negara demokrasi..takkan kita tak boleh nak say a word..” kata Naim lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Terdahulu, Naim pernah beberapa kali menulis twit di laman Twitter meluahkan rasa kecewa dengan pentadbiran negara serta situasi terkini penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara kita.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. atuk

    May 12, 2021 at 11:47 pm

    hg ingat kalau PH kerajaan jadi elok ka…bantuan rakyat pun tak dak jenih cina anti melayu kalau dia pegng ‘duit’ malaysia memang haram la melayu nak dpt depa dok gagah nak hapuih bumiputra hg tak tau ka biaq lah tok mudin jaga kurang2 ada belaih jugak la

  2. penat

    May 12, 2021 at 8:20 am

    sama lah aku pn dh penattt dgn semua ni

  3. anon

    May 11, 2021 at 8:34 pm

    hang dok diam diam lah tok sah dok bukak mulut naaa budak kanyiaq

    • Anonymous

      May 12, 2021 at 12:18 am

      geng penjilat PH maa…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top