Yes ~~~ Peluang masih ada buat anda yang meminati Maya Karin. Si cantik manis ini menafikan yang dirinya bercinta dengan pemilik Lotus menerusi Kosmo hari ini. Spekulasi tersebut timbul selepas Maya Karin berkongsi gambar dirinya di dalam garaj pasukan Lotus, Formula One di Singapura baru-baru ini.
Maya Karin memberitahu yang dirinya dapat bergambar di tempat ekslusif tersebut kerana pemilik Lotus tersebut adalah kawannya. Mereka sekadar kenalan biasa dan tidak bercinta. Kata Maya Karin:-
Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan
Advertisement
Untunglah Maya Karin ada kawan sehebat pemilik Lotus. Kalau Abang Nara ada kawan sebegitu, pasti akan minta peluang masuk ke dalam garaj Formula One. Peluang sekali seumur hidup kot. Apa pun Maya Karin turut berkongsi info yang dia sudah menolak 10 tawaran berlakon filem selepas Ombak Rindu.
Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi. Pada tahun 2010, saya hanya muncul dalam satu filem sahaja iaitu Magika, itu pun untuk tiga minit sahaja, saya tidak kisah semua itu. Saya ada ditawarkan watak ala-ala seperti karakter bohsia, hanya tampil untuk cakap ‘hello-hello’, selepas itu habis begitu sahaja. Tiada gunanya kalau macam itu sahaja. Saya mahu penonton puas walaupun hanya muncul selama tiga minit.
Betul juga tue. Nampaknya Maya Karin memang selektif sungguh dalam memilih watak lakonannya. Itu satu perkara yang bagus untuk menjaga nilai ekslusif. Apa pun semoga Maya Karin akan terus berjaya di masa hadapan. Dan good luck untuk aktiviti mendaki gunung anda!!!.

nyah pengawas
October 24, 2012 at 2:20 am
aku akan menjadi lelaki sejati utk maya kerana dia pencinta alam sekitar
kalau dapat kahwin dgn maya aku nk buat rumah pokok dlm hutan tepi air terjun
asd
October 24, 2012 at 8:18 am
wah best nyaa… rumah pokok tepi air terjun…
tenang je rasaaaaaa.. hehehe
didigaga
October 24, 2012 at 12:09 am
ada pelakon yang ambil saja apa peluang yang datang..anggap itu rezeki..
ada pelakon yang memilih apa yang dia nak buat saja..
whatever works for whoever..
.....
October 23, 2012 at 11:33 pm
abby abadi !
zool
October 23, 2012 at 11:28 pm
ramai betul menyenangi maya karin ni eh…yelah..dia jarang buat masalah….buat hal sndirik jerrr
mikan
October 23, 2012 at 11:54 pm
btul tu..facebook twitter instagram mcm x jumpa pun maya ni..haha sempoi ja tp x la sombong sb dia slalu gak buat keja amal tntang alam skitar..mesra orgnya..
Lepak dengan Afdlin Shauki sambil tonton filem "Untuk 3 Hari"
October 24, 2012 at 8:01 am
ada facebooknya. saya salah seorang rakannya. tapi eksklusif dan tidak terbuka untuk makcik bermulut becok dan puaka.
Lepak dengan Afdlin Shauki sambil tonton filem "Untuk 3 Hari"
October 23, 2012 at 11:28 pm
baguslah. dia berlakon agak keras di situ.