October 23rd, 2012

Yes ~~~ Peluang masih ada buat anda yang meminati Maya Karin. Si cantik manis ini menafikan yang dirinya bercinta dengan pemilik Lotus menerusi Kosmo hari ini. Spekulasi tersebut timbul selepas Maya Karin berkongsi gambar dirinya di dalam garaj pasukan Lotus, Formula One di Singapura baru-baru ini.
maya karin lotus
Maya Karin memberitahu yang dirinya dapat bergambar di tempat ekslusif tersebut kerana pemilik Lotus tersebut adalah kawannya. Mereka sekadar kenalan biasa dan tidak bercinta. Kata Maya Karin:-

Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan

maya karin
Untunglah Maya Karin ada kawan sehebat pemilik Lotus. Kalau Abang Nara ada kawan sebegitu, pasti akan minta peluang masuk ke dalam garaj Formula One. Peluang sekali seumur hidup kot. Apa pun Maya Karin turut berkongsi info yang dia sudah menolak 10 tawaran berlakon filem selepas Ombak Rindu.

Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi. Pada tahun 2010, saya hanya muncul dalam satu filem sahaja iaitu Magika, itu pun untuk tiga minit sahaja, saya tidak kisah semua itu. Saya ada ditawarkan watak ala-ala seperti karakter bohsia, hanya tampil untuk cakap ‘hello-hello’, selepas itu habis begitu sahaja. Tiada gunanya kalau macam itu sahaja. Saya mahu penonton puas walaupun hanya muncul selama tiga minit.

Betul juga tue. Nampaknya Maya Karin memang selektif sungguh dalam memilih watak lakonannya. Itu satu perkara yang bagus untuk menjaga nilai ekslusif. Apa pun semoga Maya Karin akan terus berjaya di masa hadapan. Dan good luck untuk aktiviti mendaki gunung anda!!!.


59 responses to “Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Pemilik Lotus, Tolak 10 Tawaran Filem Sejak Ombak Rindu”

  1. intan says:

    baguslah maya tolak tawaran berlakon filem terutama keluaran mig. pilih filem yg ada kualiti aje bukan sampah cam filem mig. sekian

  2. sayangmayagilavavi says:

    aku suka maya ni…sebab dia xpernah puji pak menteri….dia xpernah show stand kat mana2 parti politik…….dia buat apa yg dia nak…..untuk siapa yg tak tahu…maya ni aktif kat Kelantan. dia xkesah pon apa org kata. tapi yg penting dia bukan main politik. moga maya karin terus sukses dan tak buat kerja bodoh utk publisiti

  3. ooooo says:

    bukan ke dulu gossip dia ngn KJ? thts why dia kawin ex-husband dia…now dah senyap kan?

    • akuKJ says:

      apa pulak dia kawen ngan Steven sbb dia pernah kne gosip ngan KJ?? fatwa mana kau dapat ni?? dan adakah maya bcerai dgn Steven sbb remy?? wow… aku xkesah org nak anggap itu betul korang ada bukti atau pnjelasan yg kukuh. hanya sbb org puji maya karin melangit…org menyenangi dia… org sayang dia….xperlulah nak korek2 bnd yg korang sndiri xpasti. melainkan maya ni betul2 propa mcm retis pmpuan lain yg xpuas enjoy hidup…she is different

  4. la la la says:

    apa ketahian ini?

Loading...