Menerusi foto lamaran yang dimuat naik oleh Mawar, ia turut berlatarbelakangkan sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Menjawab segala persoalan, Mawar akui rumah tersebut juga salah satu kejutan Raf buat beliau. Itulah rumah yang bakal mereka tinggal bersama selepas berkahwin.
Ya, memang saya tak sangka dan terkejut melihat kesungguhannya sewaktu itu, malah saya juga telah dikejutkan dengan berita tentang rumah itu.
Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk seperti yang netizen fikirkan, tetapi saya memang teruja dan tidak sangka kerana Raf memberitahu di rumah inilah kami akan tinggal bersama sebaik sahaja bergelar suami isteri.
Dalam pada itu, Mawar memberitahu buat masa ini mereka berdua sedang sibuk menguruskan majlis pertunangan yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Mawar juga berharap agar segala perancangan mereka untuk berkahwin juga berjalan dengan lancar kerana enggan lagi masyarakat terus memperkatakan tentang hubungan mereka ataupun dihimpit dengan pelbagai kontroversi.