Mawar Karim Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Orang Kenamaan, Ini Respon Fizo Omar..

Hiburan

Mawar Karim Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Orang Kenamaan, Ini Respon Fizo Omar..

Pelakon dan juga pengacara, Fizo Omar memaklumkan bahawa dia ada mendengar khabar angin mengenai bekas isterinya, Mawar Karim yang didakwa sudah berkahwin dengan orang kenamaan.

Ditemui media, Fizo walau bagaimanapun mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut memandangkan statusnya kini hanya sebagai bekas suami.

Advertisement

Mawar Karim dah kahwin?

Ujar Fizo, lebih baik perkara (berita kahwin lain) itu ditanyakan terus kepada Mawar.

Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang dari pelbagai sudut.

Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan empunya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja.

Mendoakan yang terbaik

Dalam pada itu, Fizo berkata jika berita itu sahih, dia mendoakan agar Mawar dan pasangan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.

Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.

Sebelum ini, muncul desas-desus mengatakan Mawar yang merupakan seorang ahli perniagaan telah pun bernikah dengan seorang lelaki daripada golongan kenamaan.

Fizo dan Mawar pernah bernikah pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita Che Wan
3 months ago

"Nampak Macam Alim, Sopan Tapi..." - Rozita Che Wan Dedah Pelakon Wanita Popular Ambil Barang Terlarang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...