Mawar Karim Dedah Fizo Omar Ada Kenal Seseorang, Bakal Nikah 21 Oktober Ini?

Hiburan

Mawar Karim Dedah Fizo Omar Ada Kenal Seseorang, Bakal Nikah 21 Oktober Ini?

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abd Karim ada memaklumkan bahawa bekas suaminya itu pernah bercakap mengenai soal kahwin lain tapi tidak dipastikan bilakah tarikh rasmi majlis tersebut.

Fizo Omar
3 years ago

"Insya-Allah Hujung Tahun.." Fizo Omar Beri Bayangan Bila Nak Kahwin Lagi, Rupa-Rupanya..

Advertisement

Desas-desus itu timbul apabila ada dakwaan yang mengatakan Fizo Omar bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini.

Mawar yang dihubungi sebuah media berkata demikian dan turut memberitahu bahawa Fizo serius dengan perhubungan yang dijalin bersama wanita tidak didedahkan identitinya itu.

Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya.

Ujar usahawan tudung terkemuka itu lagi, dia mendoakan yang terbaik buat Fizo dan berharap segala urusan mereka berjalan dengan lancar.

Dia cakap lama dah soal ni. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar daripada kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi kita doakan yang terbaik.

Usaha tabloid media itu mendapatkan jawapan dan maklum balas mengenai perkara tersebut dilaporkan gagal kerana panggilan dan pesanan WhatsApp yang tidak berjawab.

Terdahulu, Fizo dan Mawar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019 setelah enam tahun berumah tangga.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...