“Insya-Allah Hujung Tahun..” Fizo Omar Beri Bayangan Bila Nak Kahwin Lagi, Rupa-Rupanya..

Hiburan

“Insya-Allah Hujung Tahun..” Fizo Omar Beri Bayangan Bila Nak Kahwin Lagi, Rupa-Rupanya..

Pelakon Fizo Omar baru-baru ini ada memuat naik sebuah hantaran di media sosial Instagramnya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

fizo omar
7 bulan lalu

'Cuba Jangan Kolot..' - Fizo Omar Bengang Dengan Individu Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin

Advertisement

Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah pelakon drama Maaf Tak Indah itu seolah-olah memberi bayangan akan menamatkan zaman dudanya pada hujung tahun ini.

View this post on Instagram

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Perkara tersebut dijawab Fizo secara berseloroh sebelum ditanya oleh peminatnya di media sosial.

“Sebelum semua tanya bila nak kahwin, Abe Joe jawab siap-siap. Insya-Allah hujung tahun”, katanya.

Advertisement

Namun tidak lama kemudian, Fizo berkata dia hanya bergurau senda dan akan memaklumkan mengenai berita gembira tersebut jika benar dia akan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“Tidaklah nak kahwin hujung tahun ini. Saya sekadar bergurau sahaja. Mungkin benar kahwin hujung tahun, tapi tahun bila, saya sendiri pun tak tahu. Kalau jodoh sudah sampai, saya akan maklumkan kepada semua orang. Setakat ini, belum lagi.”

Dia dalam pada itu turut memohon doa daripada peminat agar dipermudahkan urusan untuk membina masjid buat kali kedua itu.

View this post on Instagram

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Terdahulu, Fizo pernah dikatakan menjalin hubungan mesra bersama pelakon Azar Azmi setelah mereka berdua memuat naik beberapa hantaran foto yang memperlihatkan keakraban mereka.

Fizo sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Abdul Karim pada tahun 2013 namun bercerai enam tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    July 23, 2021 at 9:14 am

    begitu mudahnya kau bertemu penggantiku.. dlu igt lagi mase kau beria2 tgk signboard iklan fareeda muke mawar. mase tu aku dah rase ish ntah ape2 je die ni. bukan main lagi poyo sgt aih.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...