‘Cuba Jangan Kolot..’ – Fizo Omar Bengang Dengan Individu Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin

Hiburan

‘Cuba Jangan Kolot..’ – Fizo Omar Bengang Dengan Individu Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin

Pelakon Fizo Omar bengang apabila melihat satu video yang sedang tular di media sosial tentang seorang individu lelaki yang mendakwa magnet melekat di bahagian suntikan tumbuh rakannya yang sudah mengambil vaksin.

Fizo berkata di sebuah hantaran di Instagramnya, perkara tersebut sama sekali tidak masuk akal dan meminta orang ramai tidak mudah mempercayai perkara tersebut.

Advertisement
fizo omarSumber : Instagram Fizo Omar 

Di dalam hantaran tersebut, Fizo turut mencabar individu tersebut membuktikan perkara yang ditunjukkan olehnya di dalam video tersebut sekali lagi.

Cuba lah fikir logik sikit, ada ke patut cakap dalam vaksin tu ada cip untuk nak trace kita, ada macam-macam bendalah dalam vaksin ni. Eh guna akal boleh tak?

Kata pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkata perkara yang dilakukan oleh individu tersebut boleh menjadi penyebab  orang ramai menjadi lagi takut untuk mengambil suntikan vaksin.

Cuba fikir waras, cuba jangan kolot… Yang buat video tu buktikan kalau betul! Kerajaan dah beli vaksin berbillion, bawa masuk. Kerja kita cucuk je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Fizo yang baru sahaja mengambil suntikan Astrazeneca lima hari yang lalu turut membuktikan di dalam video hantaran di Instagramnya dengan melekatkan magnet dibahagian suntikan tersebut, namun tidak melekat seperti dalam video individu yang tular itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...