Maulidur Rasul: Ini 5 Lagu Nasyid Untuk Semarakkan Rasa Cinta Pada Rasulullah

Trending

Maulidur Rasul: Ini 5 Lagu Nasyid Untuk Semarakkan Rasa Cinta Pada Rasulullah

Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah sememangnya merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Tarikh ini cukup bermakna buat kita kerana ia merupakan hari kelahiran seorang insan terpuji dan dirindui oleh seluruh umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

Hari keputeraan baginda Rasulullah SAW merupakan satu rahmat terbesar yang tiada tandingannya serta anugerah teragung yang Allah SWT berikan kepada alam semesta. Kebiasaannya, ramai umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul sempena memperingati hari kelahiran baginda yang kita kasihi.

Advertisement

5 years ago

"Kubur Selari Dengan Makam Nabi Muhammad"- Gadis Kongsi Kisah Pemergian Bapanya Di Tanah Suci

Walaupun kini kita tidak lagi dapat menyambut kemeriahan Maulidur Rasul dan melihat suasana sambutan secara langsung di depan mata akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara, itu tidak menghalang rasa cinta dan sayang kita kepada baginda Rasulullah SAW.

Menerusi petikan daripada zayan.my dan sempena Maulidur Rasul tahun ini, berikut adalah lima lagu nasyid yang mampu menyemarakkan semangat dan rasa cinta kita terhadap junjungan besar Rasulullah SAW.

1. Ya Rasulullah – Raihan

Maulidur Rasul: Semarak Rasa Cinta Pada Rasulullah

Lagu nasyid Ya Rasulullah ini diterbitkan pada tahun 1999 dan dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. Lirik lagu nasyid ini ditulis oleh Abu Bakar Md Yatim dan susunan muzik oleh Farihin Abdul Fatah iaitu salah seorang anggota kumpulan Raihan.

Lagu ini sedikit sebanyak menceritakan tentang betapa indahnya kehidupan jika kita mampu bertemu dengan junjungan besar Rasulullah SAW. Rentak dan baik-bait lirik lagu ini cukup berbisa untuk mengungkapkan rasa rindu kita yang mendalam pada baginda Rasulullah SAW.

2. Kasih Padamu – Hafiz Hamidun

Maulidur Rasul: Semarak Rasa Cinta Pada Rasulullah

Lagu nasyid Kasih Padamu ini diterbitkan pada tahun 2015 dan dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun. Lirik lagu ini ditulis oleh Fedtri Yahya dan susunan muzik oleh Hafiz Hamidun sendiri.

Lagu ini sedikit sebanyak mengisarkan tentang kasih kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW tanpa henti dengan berselawat ke atasnya dan mengenangkan jasanya setiap kali kita mengingatinya.

3. Pemergianmu – Inteam

Maulidur Rasul: Semarak Rasa Cinta Pada Rasulullah

Lagu nasyid Pemergianmu ini diterbitkan pada tahun 2006 dan dinyanyikan oleh Inteam. Komposer dan penulis lirik lagu ini ialah Frizdan manakala susunan muzik oleh Wan Saleh.

Lagu ini sedikit sebanyak menceritakan tentang pemergian tokoh yang paling dirindui oleh kita iaitu Rasulullah SAW. Pastinya ramai yang sebak apabila mendengar lagu ini kerana penggunaan ayat berkias serta alunan muzik yang menyentuh hati serta membuatkan kita fikir tentang kewafatan baginda Rasulullah SAW.

4. Salam – Lah Ahmad

Maulidur Rasul: Semarak Rasa Cinta Pada Rasulullah

Lagu nasyid Salam ini diterbitkan pada tahun 2014 dan dinyanyikan oleh Lah Ahmad. Komposer dan penyusun muzik ialah Inteam manakala lirik lagu ini ditulis oleh Lah Ahmad sendiri.

Lagu ini sedikit sebanyak mengajak kita sebagai umat Islam supaya sentiasa basah lidah dengan zikir dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW. Walaupun bait-bait lirik yang agak ringkas dan berulang namun lagu ini pastinya membuatkan pendengar merasa tenang apabila mendengarnya.

5. Binnabil Huda – UNIC

Maulidur Rasul: Semarak Rasa Cinta Pada Rasulullah

Lagu nasyid Binnabil Huda ini diterbitkan pada tahun 2013 dan dinyanyikan oleh UNIC. Ia adalah lagu di dalam album Nur Muhammad, hasil ciptaan Inteam dan UNIC.

Lagu ini sedikit sebanyak menceritakan tentang perjuangan Rasulullah SAW sebagai utusan menyampaikan wahyu daripada Allah SWT. Selain itu, lirik lagu nasyid ini juga mengajak pendengar untuk menyambung perjuangan baginda dan berkorban jiwa raga ke jalan agama.

Demikian sahaja lima lagu nasyid yang mampu menyemarakkan semangat dan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW. Selamat menyambut Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...