“Kubur Selari Dengan Makam Nabi Muhammad”- Gadis Kongsi Kisah Pemergian Bapanya Di Tanah Suci

Trending

“Kubur Selari Dengan Makam Nabi Muhammad”- Gadis Kongsi Kisah Pemergian Bapanya Di Tanah Suci

Sering kita mendengar kisah-kisah mengenai jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah atau ibadah haji. Mereka diibaratkan seperti hamba Allah yang terpilih bersemadi di sana.

Advertisement

Arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 5 Mac lalu di hospital Madinah setelah lebih kurang dua minggu berada di wad.  Bagi gadis ini, dia redha dengan kemergian ayah tercinta di Tanah Suci Mekah. Dia percaya dan yakin ini adalah hikmah disebalik apa yang berlaku.

Menerusi posting di laman twitternya, gadis ini meluahklan perasaan sayang terhadap arwah ayahnya yang tidak akan pudar hingga bila-bila.

Syurga buatmu Abah!

Tulisnya lagi, Allah ambil abah di tempat yang semua orang berebut untuk meninggal di sana.. Madinah Al Munawarah, ditanam di Perkuburan Al Baqi’. Selamat tinggal abah, jumpa adi di syurga.

Tambahnya, kubur arwah bapanya juga terletak selari dengan makan Nabi Muhammad SAW serta dikelilingi ‘Ashabul Jannah iaitu penghuni syurga. Allahu! Sungguh beruntung abahnya.

Posting berkenaan diulang kicau sebanyak lebih 20,000 kali serta mendapat 25,000 tanda suka dimana rata-rata kagum apabila jasad arwah bapanya ditanam di tempat yang mulia. Semoga roh arwah bapanya tenang bersama orang-orang beriman.

 

Sumber: Aisyaamirhamzah

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...