Kecoh di media sosial suatu ketika dahulu mengenai tindakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengiktiraf seorang TikTokers yang dikenali sebagai Haqiem Stopa sebagai ‘ikon permotoran anak muda’.
Ia mendapat kecaman daripada warga maya yang berpendapat lebih banyak tokoh dan ahli sukan yang lebih layak untuk dianugerahkan dengan gelaran itu.
Terbaru, tular di media sosial baru-baru ini mengenai kisah Haqiem Stopa yang khabarnya telah dijemput untuk memberi ‘talk’ di sebuah sekolah bersempena sambutan Projek Belia Mahir.
Dalam video itu, Haqiem dilihat tampil memberi ucapan selain beramah mesra dengan pelajar yang hadir dalam majlis tersebut.
Difahamkan, Haqiem ke sekolah itu untuk berkempen dan memberi kesedaran mengenai isu ‘buli itu jenayah’ kepada para pelajar.
Even he calls himself a ‘Mat Rempit’ pic.twitter.com/cY0vs8bwAw
— Elill (@Elill_E) July 5, 2022
Namun begitu, undangan Haqiem ke sekolah untuk berkempen dan berceramah nampaknya tidak disenangi warga maya berikutan imejnya yang ke arah ‘mat rempit’ dan ‘mat motor’.
Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutamanya kerana takut akan membawa contoh yang tidak baik kepada pelajar.
Kata netizen, pihak sekolah patut membawa masuk tokoh tokoh yang lebih berkaliber dan layak bagi menyampaikan sebarang mesej kepada pelajar di sekolah.
Zaman saya dulu penceramah semua dari kaunseling punya jabatan. Datang bawa projector tengok video sebat bontot, dadah, merokok, kesusahan ibu bersalin kan anak. Zaman sekarang jemput budak rempit. – netizen