“Masih ‘On-Off'” – Dilihat Tidak Bertudung Ketika Menyanyi Di Pub, Ashira Mohon Doa Yang Terbaik

Hiburan

“Masih ‘On-Off'” – Dilihat Tidak Bertudung Ketika Menyanyi Di Pub, Ashira Mohon Doa Yang Terbaik

Bekas peserta program realiti TV Gegar Vaganza musim ke-7, Ashira tampil menjelaskan perkara sebenar sementelah video dan fotonya menyanyi di pub tetapi tidak memakai tudung menjadi bahan bualan netizen di media sosial.

Jelas Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, dia sebelum ini tidak pernah mengumumkan sudah berhijab secara sepenuh masa dan masih belajar untuk terus istiqamah.

Advertisement

Dia yang dihubungi mStar Online mengakui masih ‘on-off’ dalam pemakaian hijab.

Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi.

Ashira juga menolak dakwaan bahawa penampilannya yang ‘free hair’ itu adalah demi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi di pub berkenaan.

Tambah isteri kepada penyanyi Bad Indigo ini, soal memakai hijab ini adalah bergantung kepada diri individu itu sendiri.

“Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga” jelasnya lagi.

DS Vida pukul 3 pagi
3 years ago

Isu Cuci Pinggan Di Restoran, DS Vida Terjah Rumah Ashira Jam 3 Pagi Sambil Bawa Hajat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...