Isu Cuci Pinggan Di Restoran, DS Vida Terjah Rumah Ashira Jam 3 Pagi Sambil Bawa Hajat

Hiburan

Isu Cuci Pinggan Di Restoran, DS Vida Terjah Rumah Ashira Jam 3 Pagi Sambil Bawa Hajat

Jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida khabarnya telah ‘melawat’ rumah penyanyi Ashira dan suami, Bad Indigo sambil membawa hajat buat pasangan itu.

Apa yang menjadi tumpuan adalah waktu DS Vida melawat Ashira dan Bad sekitar jam 3 pagi dan turut mencetuskan pelbagai respon daripada peminat dan juga pengikut media sosial ketiga-tiga personaliti itu.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsi DS Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, semalam.

Tujuan DS Vida berkunjung ke rumah pasangan itu difahamkan untuk meluahkan pendapat mengenai Ashira yang perlu bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran seperti yang tular sebelum ini.

Ashira dan Bad yang menerima kedatangan DS Vida pada pagi itu turut berseloroh mengatakan bahawa usahawan tersebut suka ‘mengacau’ orang pada pagi-pagi buta.

Saya rasa tak layak Ashira cuci pinggan, jangan cuci pinggan lah Ashira, saya datang ni membawa hajat, hajatnya jangan cuci pinggan, Insya-Allah kita ada jalan, faham tak Ashira?

Malah, DS Vida juga menyifatkan Bad Indigo sebagai seorang yang kelakar dan mungkin boleh menyertai program Maharaja Lawak pada masa akan datang.

Pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang serius, tapi sebenarnya boleh masuh Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya.

Tidak membawa tangan kosong, DS Vida dilihat turut menghulurkan bantuan berupa dua sampul surat yang diberikan kepada pasangan tersebut.

Terdahlu, DSV ada meluahkan hasrat untuk membantu pasangan itu, ditambah pula dengan keadaan Bad yang kini kurang sihat akibat menderita penyakit diabetes.

Vida dan Ashira
2 years ago

"Kesian Tau 'Level' Artis Kena Cuci Pinggan" - Vida Tak Suka Ashira Jadi Pencuci Pinggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...