“Kesian Tau ‘Level’ Artis Kena Cuci Pinggan” – Vida Tak Suka Ashira Jadi Pencuci Pinggan

Hiburan

“Kesian Tau ‘Level’ Artis Kena Cuci Pinggan” – Vida Tak Suka Ashira Jadi Pencuci Pinggan

Baru-baru ini, penyanyi Ashira ada memberitahu akibat berdepan dengan pelbagai kesusahan, dirinya terpaksa mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong.

Namun, beliau memberitahu ada beberapa pihak yang kurang senang dia bekerja sebagai pencuci pinggan dan membuatkan dia rasa serba salah berkongsikan cerita itu kepada umum.

Advertisement

Tidak terkecuali, usahawan kosmetik sensasi iaitu Datuk Seri Vida juga tidak mendiamkan diri dengan berkata penyanyi tersebut perlu berhenti mengambil upah pekerjaan itu.

komen Instagram mStarSumber : mStar 

Katanya di dalam ruangan komen hantaran artikel mStar itu, biarpun tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina kerjaya penyanyi tersebut tetapi Vida merasakan Ashira tidak seharusnya merendahkan imej sendiri dengan membuat pekerjaan seperti itu.

Kesian tau level artis kena kerja cuci pinggan, ada banyak lagi kerja lain.

Kerana komen tersebut, Vida mendapat kecaman hebat dari warganet yang menganggap kenyataan dibuat oleh usahawan itu seolah-olah menghina pekerjaan sebagai pencuci pinggan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bagaimanapun, Vida sempat berkata bahawa dia hanya mahukan yang terbaik sahaja buat Ashira serta merancang untuk melakukan sesuatu agar dapat mengurangkan sedikit bebanan bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu.

Sekadar info, pada 30 November lalu, Bad Indigo berdepan dengan kesukaran apabila lima jari kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dihadapi oleh beliau dan terpaksa mengguna walker untuk bantuan pergerakan.

Ashira
2 years ago

Dipandang Hina Kerana Bekerja Sebagai Pencuci Pinggan, Ashira Akui Serba Salah Kongsi Cerita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...