Dipandang Hina Kerana Bekerja Sebagai Pencuci Pinggan, Ashira Akui Serba Salah Kongsi Cerita

Hiburan

Dipandang Hina Kerana Bekerja Sebagai Pencuci Pinggan, Ashira Akui Serba Salah Kongsi Cerita

Penyanyi Ashira tampil meluahkan rasa kesal berikutan kisah mengenai pekerjaannya kini sebagai tukang cuci pinggan seolah-olah dipandang hina oleh sesetengah masyarakat di luar sana.

Ashira bad indigo
2 years ago

Ashira Ambil Upah Basuh Pinggan di Kedai Makan Semenjak Bad Indigo Jatuh Sakit

Advertisement

Ujar Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz,37, namanya mula menjadi bualan ramai dan dikatakan telah berdepan dengan pelbagai kesusahan hingga terpaksa mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong.

Jelasnya, pekerjaan itu dilakukan hanya untuk mengisi masa lapang di hujung minggu dan bukanlah secara tetap.

Saya seorang yang sudah biasa bekerja, jadi apabila terlalu lama di rumah..saya perlu keluar untuk dapatkan fresh air. Namun saya bukan bekerja tetap di restoran kawan saya tu, sekadar isi masa lapang.

Namun dia tetap bagi saya token atas pertolongan saya tu. Lagi pun bukan cuci pinggan je, saya juga buat tugas-tugas lain seperti ambil dan hantar pesanan dan sebagainya.

Isteri kepada penyanyi Bad Indigo itu berasa terkilan kerana sikap sesetengah orang yang memandang pekerjaan itu seperti satu penghinaan dan tidak patut dilakukan oleh seorang artis.

 

“Saya tak rasa ia salah (kerja mencuci pinggan), kerja itu memang biasa saya buat di rumah..” katanya.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-7 itu juga kini menjana pendapatan tambahan dengan membuat ulasan produk berbayar di laman media sosial Instagramnya setelah kurang mendapat tawaran untuk membuat persembahan nyanyian gara-gara pandemik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...