“Masih Iddah, Nanti Jatuh Fitnah” – Shuhada Muat Naik Foto Bersama Jejaka Kacak, Tulis Kapsyen Mengundang?

Hiburan

“Masih Iddah, Nanti Jatuh Fitnah” – Shuhada Muat Naik Foto Bersama Jejaka Kacak, Tulis Kapsyen Mengundang?

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon kontroversi Hafidz Rosdhi, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mencuri perhatian warga maya di Instagram apabila dia dilihat memuat naik foto dirinya bersama seorang jejaka kacak.

Difahamkan, lelaki itu merupakan teman sekerja untuk sebuah produk bagi sesi penggambaran.

Advertisement

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kapsyen berseloroh yang ditulis Shuhada telah mengundang kritikan dalam kalangan netizen.

Humairah, Umar, Okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet? hehehe

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan Shuhada selain memuji kecantikan wanita itu yang kelihatan sama cantik sama padan dengan jejaka berkenaan.

Namun begitu, ada juga yang berasa terpanggil untuk menasihati Shuhada agar tidak menulis perkara yang boleh mengundang fitnah memandangkan status dirinya yang masih dalam iddah.

Komen IG Shuhada

Rasa kena elak kot post gambar macam ni, jaga masih dalam edah. Walaupun kerja tapi mendatangkan fitnah, tak elok.

Kena jauhi fitnah. Walaupun aurat tertutup tapi bila bergambar berdua tu tak manis dipandang.

Terdahulu, tular mengenai konflik rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Shuhada apabila wanita itu mendedahkan suaminya telah berlaku curang bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Hafidz juga dilaporkan telah menumbuk muka isterinya berkali-kali sebelum dihadapkan ke mahkamah dan telah diarahkan untuk ke hospital bahagia bagi tujuan rawatan psikiatri.

Hafidz Roshdi Aliff syukri, shuhada
2 years ago

"Duduk Flat Murah Masa Awal Kahwin Lebih Bahagia" - Aliff Syukri Nasihat Shuhada Kembali Berbaik, Maafkan Kesalahan Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...