Pergaduhan tiga beradik, Shila, Shafiq dan Syada Amzah menjadi bualan hangat warganet sejak semalam selepas masing-masing dilihat membalas kenyataan di media sosial.
Tinjauan di media sosial nampaknya menunjukkan warganet lebih berpihak dan menyokong pelantun lagu Patah Seribu itu berbanding dua adiknya itu.
Dalam pada itu, ibu mereka Fauziah Sarman masih berdiam dan tidak memberikan apa-apa kenyataan mahu pun respon tentang konflik di antara anak-anaknya.
Bagaimanapun, ruangan komen Instagram Fauziah dipenuhi dengan kritikan warganet tentang apa yang sedang berlaku terhadap keluarganya itu.
Rata-ratanya menyuruh Fauziah untuk menegur anak-anaknya untuk tidak bergaduh di media sosial dan ramai yang mengkritik Shafiq dan Syada kerana bersikap toksik.
Sesetengah daripada mereka menyuarakan tentang isu Shila Amzah menanggung seluruh keluarga selama bertahun-tahun lamanya namun tidak dihargai.
Sementara itu, ada yang mencadangkan Fauziah dan anak-anak yang lain untuk mengurangkan perbelanjaan dan tidak terlalu ‘high maintenance’.