“Kepala Otak Mak Lah, Mak Ni Memang Takde Otak” – Shafiq Dakwa Shila Amzah Datang Tendang Pintu Rumah, Tengking Ibu

Hiburan

“Kepala Otak Mak Lah, Mak Ni Memang Takde Otak” – Shafiq Dakwa Shila Amzah Datang Tendang Pintu Rumah, Tengking Ibu

Ketika ini sedang hangat di media sosial tentang pergaduhan anak-anak penyanyi ND Lala atau digelar The Amzahs bermula dengan pendedahan tentang rumah banglo milik Shila yang ingin dijual.

adik ipar shila amzah
7 months ago

"Kau Dulu Kini Selamanya Jantan Dayus! Buaya Darat!" - 'Back Up' Shila Amzah, Bekas Isteri Dedah 'Dark Side' Shafiq

Advertisement

Kata Shafiq, mereka hanya dimaklumkan tentang kehadiran individu yang datang untuk menilai banglo tersebut pada saat-saat akhir.

Tambahnya, ibu mereka Fauziah Sarman ada meminta diberikan sedikit masa untuk membersihkan rumah yang bersepah memandangkan mereka ada membela 40 ekor kucing.

Orang tu sampai depan rumah baru dia nak bagitahu. Mak minta tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam.

shafiq amzah

 

Shila tengking mak

Ujar Shafiq lagi, permintaan ibu mereka itu tidak diendahkan Shila malah turut mendakwa kakak sulungnya menghina Fauziah.

Bukan itu sahaja, Shila juga dikatakan turut datang ke rumah dan menendang pintu banglo sebelum menengking ibu mereka.

Dia cakap orang tu (penilai) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita. Mak sampai menangis. Shila tengking mak.

 

Ibu hampir tampar Shila

Dakwa Shafiq lagi, ibu mereka hampir menampar Shila namun kerana pergerakannya terbatas dia hanya dapat mencapai cermin mata dipakainya.

Shila cakap ‘kepala otak mak la’, lepas itu ditolak mak… Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lempang dia tapi tercapai cermin mata dia….

….Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi ‘mak ni memang tiada otaklah’ dan bukti mengenai kejadian itu ada.

shila shafiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...