Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Masak Roti & Kari Ayam, Noor Kartini Kongsi Rezeki Dengan Tukang Sapu Sampah

Noor Kartini

Ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Datin Noor Kartini,55, difahamkan telah tampil berkongsi rezeki dengan tukang sapu sampah yang bekerja di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.

Perkara tersebut dikongsikan Kartini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dalam entri itu, Kartini telah menyediakan dua menu iaitu roti bakar dan kari ayam untuk diberikan kepada 40 individu.

“Kita nak bahagi dekat orang bekerja di tepi jalan, yang tengah sapu daun kering dekat kawasan Taman Tun. Kita hantar makanan dekat mereka. 40 keping roti dah siap bakar..kari ayam pun dah siap. Kita kongsi rezeki, mesti mereka gembira.”

Dia juga dalam pada itu turut memuat naik foto beberapa orang pekerja yang tersenyum menerima bungkusan makanan serta sampul duit raya.

Advertisement
Noor KartiniSumber : Instagram Noor Kartini  

Terdahulu, nama ibu mertua PU Riz itu menjadi tular apabila dia didakwa mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan negara ini.

Dia kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar dan dalam masa yang sama pihak polis turut membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. al

    July 6, 2021 at 11:33 am

    [email protected] pon nak tumpang femes anak ka mak cik oiii…

  2. Anonymous

    June 17, 2021 at 2:46 pm

    Bersedekah tu bagus. Tapi perlu kah diberitau seluruh malaya? buat diam2 sudahlah.

  3. Anonymous

    June 17, 2021 at 2:06 pm

    Hmm……..lalala…. Sama jer pattern

  4. SHAHLINA

    June 17, 2021 at 12:06 pm

    Biar ler bersangka baik dr bersangka buruk

  5. Anonymous

    June 17, 2021 at 9:25 am

    See?? Dah ckp dah.. Bila dah timbulkan kontraversi, cover ikut benda2 cam ni.. sama ngan c anak… Dah timbulkan kontraversi, derma katil… Dah berkali-kali dah.. Pattern tu gak kuar… Pas ni memasing puji melambung.. Lupa kontraversi… dah x dpt nak bersangka baik dah ngan kekonon ‘kardashian’ ni…

    • Anonymous

      June 17, 2021 at 2:08 pm

      Jgn lupa sebut menantu bagi duit SPM siapa dpt 5A ke atas

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top