Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-katanya yang mengkritik sistem Raja Berpelembagaan di Instagram Storynya, hari ini.
Menerusi hantaran yang dibuatnya itu, Kartini menulis “Kalau perihatin suruh la agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!!”.

Ia seterusnya menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Susulan daripada itu, dia kemudiannya memadam hantaran berkenaan dan segera menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (IG Story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.”
Ujar Kartini, dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.
View this post on Instagram
Dia juga dalam pada itu turut memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan terhadap Istana Negeri Johor terutamanya kepada DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja.
Terdahulu, tular di media sosial Twitter apabila netizen beramai-ramai berkongsikan tangkap layar yang diambil akaun Instagram Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang berkongsi visual dari Instagram Stories Noor Kartini.
tecit
May 31, 2021 at 2:58 pm
hmm orang lain ajelah yg cuai. ngko mmg xpernah cuaiiii ponnnnnn
kayangan
May 31, 2021 at 10:55 am
boleh pulak ckp org lain yg buat… mengaku xnak..tulah… tak insaf2 keluarga ni..
nani
May 31, 2021 at 11:53 am
Sebenarnya saya yang buat tapi saya tuduh kak Limah. Tu yang kak Limah jadi hantu.
Anonymous
May 31, 2021 at 8:39 am
Menantu2 tak nyesal kee masuk dlm family nih…kenecucuk hidungla korang..hihihiiii
Su
May 31, 2021 at 3:07 am
Baca pon dah tau bukan noorkartini tulis. Mula2 baca pon dah terkejut ni bukan cara dan style dia menulis.
Anonymous
May 31, 2021 at 9:08 am
erkkkk
Anonymous
May 31, 2021 at 9:16 am
lol! tiber… cover up biasa.. akaun kena hack, org lain yg tuliskan…
Anonymous
May 31, 2021 at 9:25 am
personal IG assistant yg handle…..sllu IG on business PA yg handle…..mengambinghitamkan assistant ke…
Anonymous
May 31, 2021 at 10:47 am
Memang kartini yg tulis .. aku nampak … Jilat tak habis habis
hakak
May 31, 2021 at 11:00 am
betul.. kalau biasa tgk ig dia, mmg tu bukan style dia tulis.. lagipun kalau ikut common sense, dia tu kaya raya, mesti tv dia besar dan canggih.. tp tgk kat screen shoot tu, tv jenis biasa je.. biasa la, bos2 mmg ada staf yg jaga sosial media dorang tak kira utk personal atau bisnes..
anti mek klate
June 2, 2021 at 1:40 pm
mana nk mengaku salah sendiri.
mcm biasa acik kelantan ni.
nk kontroversi.
buat la cmni.
tgk la cara penulisan dia. dkt whatsapp lps sepatah ayat ada 2 dot ( .. )
dkt whatsapp konon dia mesej dkt pengurus dia sama gak.
oh ya cari gmbr tv acik ni ya. tgk tv yg dlm gmbr ni sama dgn tv dkt story
Yah Kuchai
May 30, 2021 at 11:10 pm
Padan muka!
Anonymous
May 30, 2021 at 11:48 pm
Jah lop ….jah lop ..jah lop