Masa Depan Tidak Gelap Tanpa Pelajaran, Yang Penting Kita Berusaha – Emma Maembong

Hiburan

Masa Depan Tidak Gelap Tanpa Pelajaran, Yang Penting Kita Berusaha – Emma Maembong

Kenyataan Emma Maembong baru-baru ini tentang dirinya yang tidak mempunyai sijil SPM tetapi tidak pernah meminta wang orang telah menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan kata-kata Emma. Bagi mereka, untuk berjaya di dunia ini tidak semata-mata bergantung kepada betapa tingginya pelajaran seseorang itu. Ada pula yang berpendapat sekurang-kurangnya kenalah belajar sehingga ke tahap SPM. Malah ada yang risau kanak-kanak terpengaruh dan tidak mahu belajar kerana kenyataan Emma Maembong itu.

emma maembong

Advertisement

Bimbang kenyataannya disalaherti dan digunakan oleh para pelajar untuk tidak mengambil SPM (dan tak belajar bersungguh-sungguh), Emma Maembong tampil memberi penjelasan. Kata Emma:-

Sebenarnya apa yang orang lain sampaikan atau perkatakan itu salah faham saja. Saya maksudkan walau pun saya tak sekolah. Tiada pendidikan. Tak bermaksud saya ini duduk rumah dan tak fikirkan masa hadapan. Saya bukan contoh buruk supaya budak-budak tak ambil SPM. Tidak pernah niat begitu. Orang kalau dah benci saya dia benci juga.

Saya bukan bagi galakan supaya orang tak sambung belajar. Saya ada masalah keluarga saya. Ada masalah diri saya. Saya nak bagi semangat pada orang luar sana yang mana tak ada famili, kosong, tapi bukan tak boleh ke hadapan. Ada banyak cara untuk berjaya dalam hidup.

Saya bukan lahir dari keluarga yang senang. Saya dari keluarga yang susah. Jadi saya tak mampu. Saya ada kekurangan saya.

Takkanlah disebabkan orang tak ada pelajaran tak perlu hormat atau diperbodohkan. Walau pun saya tak ada pelajaran, tapi saya bukan duduk rumah goyang kaki. Masa depan tidak gelap kalau tak ada pelajaran. Rupa ke apa ke tak ada kena mengena kerana apa yang penting adalah usaha.

Saya tak kisah orang nak cucuk saya atau buat apa pun kerana saya tetap akan ke depan. Saya akan jaga ibu ayah saya. Saya harap tak ada yang fikir negatif

emma maembong

Secara jujurnya, bagi Abang Nara sekurang-kurangnya setiap pelajar di Malaysia ini kenalah ada sijil SPM sebagai penanda aras tahap pembelajaran mereka. Namun dalam kes Emma Maembong ini memang lainlah. Emma tak belajar di sekolah pun, dia belajar di rumah. Sistem didikan pun dah lain. Lagipun Emma ada bakat melukis, wajah yang cantik dan berdarah seni. Tak semestinya Emma boleh berjaya tanpa SPM, maksudnya korang pun boleh berjaya.

Kenalah  tepuk dada sendiri dan tanya anda ini jenis orang yang macam mana. Kalau anda memang ada satu bakat yang boleh pergi jauh, contoh memang hebat main bola sepak, memang tak perlulah SPM bagai. Cuma pastikan bakat tersebut betul-betul digunakan sepenuhnya. Jangan separuh jalan sahaja. Memang terbukti orang yang tidak berpelajaran tetapi mempunyai bakat lain boleh berjaya dalam hidup berbanding mereka yang belajar tinggi-tinggi. Tak gitu? Sumber Sinar Harian.

P.S: Kisah pelajar Mat Salleh miskin menyamar jadi Islam untuk makan percuma

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...