Rasanya semua wanita hamil yang bakal melahirkan anak mereka akan berdepan dengan pelbagai ragam dari para jururawat.
Biarpun ditegur dengan agak ‘pedas’, ibu-ibu akan cuba untuk bersabar agar pemeriksaan kandungan mereka dapat berjalan tanpa sebarang masalah.
Inilah yang terjadi pada seorang ibu, dimana beliau kongsikan kisahnya di platform TikTok ketika berdepan dengan perangai seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan bayi dalam kandungannya.
Ibu yang hamil ini mengakui berasa amat kecewa ketika berurusan dengan jururawat atau pegawai kesihatan yang didakwa bermulut ‘laser’
Video yang dikongsikan telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya di kalangan ibu-ibu dan susulan itu, wanita tersebut sempat membalas respon seorang ibu lain yang diperli oleh jururawat serta menganggap hal tersebut agak keterlaluan apabila sudah menyentuh perihal hubungan suami isteri.
Pernah kena sound time contraction, dia cakap mengadanya, time ‘buat’ okay pulak?
Menjengah di ruangan komen video berkenaan, rata-rata warganet melepaskan geram dengan berkongsikan pengalaman mereka sendiri ketika berdepan dengan jururawat bersikap seakan-akan sama dengan wanita terbabit.