Sukar untuk menentukan siapa di pihak yang benar di dalam kontroversi perang Twitter di antara Hatta Dolmat dan Alyah baru-baru ini. Mungkin ada yang beranggapan Hatta berhak untuk meluahkan isi hatinya kerana penat lelah yang telah digunakan sepanjang mereka baju untuk Alyah.
Namun di pihak Alyah, dia merasakan maruah dirinya telah dipijak-pijak. Ada logiknya juga kerana ribuan pengguna Twitter mengetahui apa yang telah terjadi antara dirinya dan pereka fesyen terbabit. Kata Alyah kepada Mstar Online:-
Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka. Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina. Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini.
Semoga Alyah dan pereka fesyen yang terbabit akan dapat mencari jalan persefahaman. Abang Nara lihat pakaian Hatta Dolmat jika dipakai oleh Alyah memang nampak lebih menyerlah. Mungkin mereka berdua diciptakan untuk berganding bahu antara satu sama lain. Semoga persengketaan ini akan tamat secepat mungkin dan lebih banyak kolaborasi antara mereka berdua akan terjadi.