Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hatta Dolmat Kecewa Dengan Sikap Alyah

Hatta Dolmat, salah seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia melahirkan rasa kekecewaannya terhadap Alyah menerusi laman Twitternya semalam. Hatta Dolmat  sebelum ini pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Yuna, Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

hatta dolmat

Advertisement

Yang mengecewakan Hatta ialah Alyah menempah sehingga 4 pasang baju daripada pereka fesyen yang dikenalinya untuk sebuah majlis. Malah Hatta menggangap Alyah seperti sengaja mengumpul baju banyak-banyak dan tidak memakainya.

hatta dolmat

Hatta juga melahirkan rasa seriknya untuk bekerjasama dengan selebriti kerana takut perkara yang sama akan berulang lagi. Abang Nara boleh fahami perasaan Hatta. Penat lelah seolah-olah tidak berbaloi.

hatta dolmat

Namun begitu, Alyah menerusi akaun Twitternya memohon maaf kepada Hatta Dolmat dan memberikan alasan yang masalah zip menyebabkan dia tidak memakai baju rekaan Hatta.

hatta dolmat

Hmmmm.. Diharap persengketaan antara Hatta dan Alyah tidak akan berpanjangan dan mereka akan terus bekerjasama di masa hadapan. Abang Nara suka kalau Alyah pakai baju Hatta. Memang meletup.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top