Marsha Milan Belum Fikir Untuk Peluk Islam

Hiburan

Marsha Milan Belum Fikir Untuk Peluk Islam

Dua tahun bercinta dengan seorang jejaka Muslim yang berasal daripada Pulau Pinang, Marsha Milan memberitahu beliau enggan terburu-buru dalam membuat keputusan dan belum memikirkan untuk memeluk agama Islam. Buat Marsha beliau tidak mahu dipaksa dalam hal sebegini dan menyifatkan perkara yang melibatkan agama adalah satu hal yang sensitif serta serius.

Advertisement

Biarlah masa yang menentukan. Rancangan untuk memeluk agama Islam belum difikirkan buat masa ini walaupun ada yang tahu teman lelaki saya beragama Islam. Untuk menukar agama bukan sesuatu yang mudah. Isu agama sangat sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahagian dan secara umum sahaja.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terburu-buru dan teruja sangat. Nanti salah cakap orang akan jadikan sebagai isu. Kalau jodoh itu datang secara tiba-tiba. Kita terima sahaja. Yang penting, saya selesa dengan situasi sekarang dan kekasih tidak memaksa .

Tambah Marsha lagi, pihak keluarga lelaki yang sudah mengenali dirinya tidak mempunyai masa untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

Walaubagaimanapun, jelas Marsha beliau masih lagi belum memaklumkan kepada keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki Islam.

Mereka tahu kami perlukan masa untuk disatukan. Sebab itu, kahwin bukan soalan yang sentiasa ditanya. Memang saya pernah cakap sudah lama merancang untuk berkahwin tetapi banyak sebab membuatkan saya menangguhkan dahulu hasrat itu.

Saya juga belum bertanya keluarga untuk berkahwin dengan lelaki Islam. Saya kena lalui semua itu dahulu baru fikir untuk fasa seterusnya.

Kalau diri benar-benar sudah yakin bahawa si dia adalah lelaki yang terbaik buat anda, maka Marsha Milan harus persiapkan diri untuk memeluk agama Islam. Keizinan daripada ibu bapa serta keluarga juga penting agar mereka setuju untuk beliau berkahwin dengan jejaka beragama Islam.

Sumber Berita: Utusan Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...