June 30th, 2015

Bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah empat tahun pelakon serta pengacara Marsha Milan Londoh berpuasa dan merasa seronok menjalani ibadah ini terutama sekali ketika berbuka puasa dan bersahur.

Ramai yang menganggap mungkin ini salah satu petanda bahawa Marsha mungkin akan memeluk agama Islam lebih-lebih lagi beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka Melayu dari Pulau Pinang.

Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati.

Berbicara mengenai kekasihnya itu, Marsha menafikan beliau kini bercinta dengan suami orang. Sebelum melangkah ke alam percintaan, Marsha telah menyiasat latar belakang kekasihnya itu agar tidak terperangkap didalam masalah pada masa hadapan.

Dia bukan duda atau suami orang. Sebelum berkawan, saya menyiasat latar belakangnya dan memang sah dia bukan suami orang. Kalau boleh, saya tidak menjalin hubungan dengan suami orang. Ini kerana jika saya dalam situasi ieteri lelaki terbabit, saya juga tidak suka bermadu.Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan.

Sudah dua tahun bercinta, Marsha dan kekasih bagaimanapun belum lagi mempunyai rencana untuk berkahwin.

Kami sudah dua tahun bercinta tapi belum memikirkan soal itu (kahwin). Keluarganya merestui hubungan kami. Bukan apa, sebelum berkahwin banyak hal perlu dipertimbangkan terutama soal kerjaya saya.

Kalau bercinta dengan suami orang dan hidup bermadu bukanlah satu perkara yang mudah, kalau boleh janganlah sesiapa pun berani untuk mengambil risikonya. Sudah banyak kes akhirnya mereka akan tetap bersama isteri pertama dan meninggalkan isteri kedua.

Sumber Berita: Harian Metro

 


Comments are closed.

Loading...