Mark Adam Syukur Keluarga Selamat, Rumah Di Filipina Dibadai Taufan

Hiburan

Mark Adam Syukur Keluarga Selamat, Rumah Di Filipina Dibadai Taufan

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Mark Adam telah berkongsi tentang keadaan rumah keluarganya di Cebu, Filipina yang mengalami sedikit kerosakan akibat dilanda ribut taufan menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Mark Adam
2 years ago

Kini Jadi Pak Guard, Mark Adam Dihujani Tips Jadi Pengawal Keselamatan Daripada Netizen

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Mark turut memberitahu bahawa ibu dan keluarganya berada dalam keadaan selamat selain menyertakan sepotong video yang memperlihatkan keadaan terkini rumah keluarganya.

Keadaan terkawal cuma bekalan elektrik masih lagi terputus dan mereka terpaksa duduk di rumah. Saya masih usahakan apa yang patut kerana mereka perlu bergantung pada generator.

Sungguhpun keluarganya selamat dan dalam keadaan baik, namun jauh di sudut hati Mark, dia ingin segera pulang ke Cebu untuk menziarahi ibu tercinta.

Tambah Mark, dia memang ingin pulang ke Cebu sejak pandemik berakhir lagi tetapi penerbangan terus ke sana sudah tiada dan dia sendiri tidak tahu kenapa ia jadi sebegitu.

Disebabkan itu, Mark memberitahu yang dia hanya mampu melepaskan rindu menerusi panggilan video bersama ibunya di sana.

Mark Adam

Buat masa ini, saya hanya berhubung dengan mereka menerusi panggilan video. Kakak saya juga memberikan perkembangan terkini tentang keadaan di sana.

Dalam pada itu, Mark turut mendoakan kesejahteraan keluarganya di sana sementara dia masih belum berkesempatan untuk menjenguk mereka.

Bukan hanya untuk keluarganya, ianya juga untuk mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Malaysia kerana doa merupakan salah satu bentuk bantuan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...