Masyarakat beragama Kristian menyambut Krismas dengan meriah bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan semalam malah kebanyakan restoran mewah dipenuhi pelanggan yang meraikan perayaan itu.
Namun, pengacara terkenal Marion Counter menerima kritikan hebat bahkan ia berlaku setiap tahun kerana dia dan keluarga dilihat menyambut Krismas.
Tahun ini, Marion dan suaminya, SM Nasarudin dikecam sesetengah warganet kerana dikatakan menyambut Krismas mengalahkan orang beragama Kristian pula.
Menerusi Instagram, keluarga itu dilihat bergambar dengan dua pokok hiasan Krismas dipercayai di rumah mereka malah pengacara tersebut turut memuat naik video mempamerkan hiasan meja bertemakan Krismas.
View this post on Instagram
Meskipun rakan-rakan mengucapkan perayaan itu kepada Marion sekeluarga dan memuji outfit digayakannya, mereka juga turut dikritik kerana menyambut Krismas.
Mengalahkan Krisitian. Kristian satu pokok diorang dua pokok. Masa kahwin dulu siapa yang convert?
Beberapa individu turut meninggalkan komen di Instagram mengingatkan Marion bahawa umat Islam haram menyambut perayaan tersebut.
Ada yang turut meluahkan rasa kecewa kerana ramai selebriti Islam di Malaysia turut menyambut perayaan Krismas bersama rakan-rakan non-Muslim.