Mariam Derma Duit Simpanan Untuk Mangsa Banjir, Vivy Yusof Akui Terharu Dan Bangga

Hiburan

Mariam Derma Duit Simpanan Untuk Mangsa Banjir, Vivy Yusof Akui Terharu Dan Bangga

Usahawan terkenal dan juga personaliti media sosial, Datin Vivy Yusof ada berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram mengenai kisah anak perempuannya yang berusia enam tahun telah memahami kesusahan yang dialami mangsa banjir.

Ini berikutan anak perempuannya yang bernama Mariam itu telah menghulurkan duit simpanan yang dikumpul untuk membeli permainan kepada mereka yang terjejas akibat bencan itu.

Advertisement

Ujar Vivy, dia sebelum ini banyak berkongsi mengenai pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian menyayat hati yang telah melanda negara baru-baru ini.

Setelah menyaksikan video tersebut, Mariam telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada saya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Malah Mariam turut memberitahu bahawa mangsa-mangsa banjir lebih memerlukan sumbangan tersebut berbanding kemahuan dirinya.

Berikutan itu, Vivy mengakui berasa bangga dengan tindakan anakanya itu kerana telah meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi berbanding kehendak sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya turut memuji tindakan Mariam yang sudah boleh melihat kesedihan dan kesusahan orang lain.

Comel Mariam!

Vivy Yusof
3 years ago

Baru 10 Hari Berpantang Dah Kembali Bekerja, Vivy Yusof Ditegur Peminat Prihatin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...