Baru 10 Hari Berpantang Dah Kembali Bekerja, Vivy Yusof Ditegur Peminat Prihatin

Hiburan

Baru 10 Hari Berpantang Dah Kembali Bekerja, Vivy Yusof Ditegur Peminat Prihatin

Usahawan dan juga personaliti media sosial, Datin Vivy Yusof yang baru sahaja menimang cahaya mata ke-4 kembali mencuri perhatian netizen apabila dia sudah kembali bekerja meskipun masih dalam tempoh berpantang.

Sering berkongsikan aktiviti harian di media sosial Instagram, Vivy ada memuat naik foto dirinya memakai baju berpantang lengkap berstokin sedang berbaring di atas katil ditemani komputer riba dan juga anaknya, Idris Ali Shah disisi.

Advertisement

Sememangnya dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja, perkongsian Vivy itu nampaknya mengundang pelbagai respon daripada warga maya.

Ada yang tampil menegur Vivy supaya berehat secukupnya sepanjang tempoh berpantang dan menikmati momen-momen tersebut bersama ahli keluarga baru.

Malah, ramai juga yang berkongsikan kesan buruk akibat bekerja terlalu kuat sewaktu dalam tempoh berehat setelah melahirkan anak.

Sekadar info, pengasas Fashion Valet dan jenama tudung terkenal dUck ini telah melahirkan anak ke-4 hasil perkongsian hidup bersama Datuk Fadzruddin Shah Anuar pada 22 November lalu.

Advertisement

Pasangan itu menamakan cahaya mata baru mereka dengan nama Idris Ali Shah. Selain Idris, mereka turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Vivy Yusof
2 bulan lalu

(TAHNIAH) Vivy Yusof Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Idris Ali Shah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    December 3, 2021 at 2:13 pm

    Come on guys, that is not working, that is called MARKETING.

  2. Anon

    December 3, 2021 at 12:21 pm

    Alahai, hidup dlm coccoon, “kerja” lah sgt..mana boleh compare dgn pekerja2 yg bukan owner..xde bos yg kacau emosi kau bolehla claim kau tgh kerja..semua anak buah yg tgh buat kerja, kau dgr diorang present je kan..toxic positivity sangat dia ni..menyampahlah, please cancel this girl

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...