(TAHNIAH) Vivy Yusof Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Idris Ali Shah

Hiburan

(TAHNIAH) Vivy Yusof Selamat Melahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Idris Ali Shah

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan anak keempatnya, seorang bayi lelaki.

Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya berkongsi gambar terbaharu anaknya yang diberi nama Idris Ali Shah.

Advertisement

Vivy, 34, turut berkongsi beberapa keping gambar dirinya bersama Idris yang kini masih berada di hospital sebelum dibenarkan pulang tidak lama lagi.

“Idris Ali Shah, 22/11/2021. Alhamdulillah” tulis Vivy di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Vivy sekeluarga serta menitipkan doa yang baik-baik untuk Idris.

“Congratulations. Hi Idris” tulis Daphne Iking.

“Alhamdulillah so happy for you and your fam. Speedy recovery” tulis seorang peminat.

Info tambahan, Vivy mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah, dan Idris Ali Shah.

Vivy Yusuf
2 years ago

Sarat Mengandung 8 Bulan, Vivy Yusof Lancar Butik Dua Tingkat Di Bangsar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...