Pelbagai tomahan serta cacian dilemparkan kepada Maria dan ada yang melabelkan beliau sebagai punca keruntuhan rumah tangga orang lain.
Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Maria menerusi portal Mangga Online telah mendedahkan hal yang sebenar. Jelas Maria, kawan karibnya itu sudah lama bercerai  dan sengaja mencetuskan kontroversi murahan seperti ini selepas Maria mula tarik diri daripada menjadi duta produk kecantikan milik wanita itu.
Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin.
Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri pada bekas suami dan anak-anaknya. Saya luahkan semua ini kepada Mangga Online kerana saya dah tak tahan kena hentam, dikritik dan diburukkan macam-macam cerita yang saya tidak buat.
Masalah ini timbul apabila saya tarik diri daripada terus menjadi duta produk kecantikan wanita itu . Sejak Ramadan lalu saya sudah tarik diri dan tidak mahu terlibat lagi.
Datin Karen juga ada berhutang dengan Maria dimana beliau tidak membayar khidmat pelakon itu sebagai duta seperti yang terkandung didalam kontrak.
Puncanya kerana dia melanggar kontrak perjanjian iaitu perlu membayar saya sebanyak sepuluh peratus hasil produk. Tak sampai setahun pun saya jadi duta tetapi saya tidak dibayar mengikut syarat dan terma kontrak. Kalau ikutkan memang saya boleh ambil tindakan sebab dia dah langgar syarat kontrak tetapi saya diamkan sahaja memandangkan dia pernah menjadi kawan baik saya selama dua tahun.
Mungkin sejak itulah dia marah dan masa itu pula rumah tangganya sudah berantakan. Saya dapat tahu dia dan suami bercerai selepas Hari Raya baru ini. Jadi, apakah kaitan saya dituduh hancurkan rumah tangga dia? Saya dah keluar daripada menjadi duta syarikatnya sejak Ramadan lagi.Tak betul tuduhan saya rampas dan hancurkan rumah tangga dia.
Maria mengharap orang ramai tidak mudah menuduh beliau yang bukan-bukan kerana beliau sama sekali tidak bersalah dan teraniaya.
Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard.
Malahan, saya juga telah membuat beberapa laporan polis di samping sedang berurusan dengan pihak peguam untuk tindakan selanjutnya. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya bukan perampas suami orang… saya bukan penghancur rumah tangga wanita lain.
Memang panjang lebar penjelasan Maria Farida ini, ini mungkin kes tidak puas hati dan sengaja ingin mencetuskan kontroversi kerana ingin lari daripada membayar hutang. Tak pasal-pasal Maria kena cop sebagai perampas suami orang.