Dituduh sebagai perampas serta punca keretakan rumah tangga suaminya, Datuk Rahman Shakur bersama bekas isterinya, Karen Rayyan dan diganggu menerusi SMS dan media sosial, kini pelakon Maria Farida telah membuktikan dirinya tidak bersalah dan memenangi saman fitnah terhadap Karen atau nama sebenarnya Hadijah Mokhtar. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan.
Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya. Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.
Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini.
Mahkamah juga memerintahkan Karen untuk menjalani hukuman penjara selama dua minggu kerana tidak menghadiri perbicaraan kes tersebut. Maria juga memberitahu beliau akan membuat tuntutan ganti rugi terhadap Karen.
Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.
Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapanya.

– Karen Rayyan ( bekas isteri Datuk Rahman)
Bukan sahaja digelar sebagai perosak rumah tangga, Karen juga pernah menuduh Maria memukul anaknya iaitu Qalif Rayyan ketika dalam penjagaan Maria tanpa sebarang bukti.