Maria Farida Kemukakan Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Suaminya

Hiburan

Maria Farida Kemukakan Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Suaminya

Pelakon Datin Maria Farida telah nekad untuk mengemukakan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan. Hasratnya itu diluahkan menerusi satu sidang media yang diadakan oleh beliau sebentar tadi.

Advertisement

Maria sudah tidak tahan apabila Karen sering memfitnah beliau sebagai punca rumah tangga beliau dan Datuk Rahman retak sehingg bercerai.  Selain itu Karen juga menjaja cerita kononnya Maria berebut kasut dengan anak tirinya,bomohkan suami , perampas suami orang dan lebih teruk lagi Maria dikatakan menampar anaknya.

Malah, sejak 9 bulan lalu Karen sering mengganggu Maria dengan menghantar pelbagai mesej dengan bahasa kesat dan berbaur ugutan.

Setiap hari sejak sembilan bulan lalu dia hari-hari menghantar SMS ugutan, makian dan cacian terhadap saya dan suami dengan menggunakan bahasa kesat yang malu untuk saya nyatakan di sini.

Maria (kiri) dan Karen (kanan) ketika masih bersahabat

Itu belum termasuk segala fitnah yang dia lemparkan terhadap saya secara terbuka di laman sosial tetapi saya masih berdiam diri dan enggan melayan semua tuduhan.

Tetapi apabila dia menuduh saya menampar anaknya, melabel saya sebagai seorang ibu tiri yang jahat malah menuduh saya menggunakan ilmu hitam, ia sudah melampau dan melebihi tahap kesabaran saya. Jalan terbaik adalah menyelesaikan kes ini di mahkamah dan saya telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu ini. Lagi saya diam, dia semakin menjadi-jadi.

Terdahulu, Maria pernah menghantar dua surat saman kepada Karen  pada bulan November dan Disember tahun lalu, tetapi pelakon itu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana Karen berjanji akan berubah.  Walaubagaimanapun, Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumah tangga  Maria.

Datuk Rahman pula memberitahu, insiden beliau dilanggar oleh bekas isterinya itu adalah benar. Kejadian tersebut berlaku  di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku kerana saya ingin ambil anak-anak kerana mereka hak saya dan dia telah melanggar perintah mahkamah tetapi dia pula bertindak melanggar saya sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Tetapi dia dakwa dia cuba pertahankan diri dan saya terjatuh tetapi hakikatnya dia di dalam kereta saya di luar malah saya terheret sejauh lima meter. Dia kata dia pertahankan diri tetapi di Instagram dia dengan bangga memberitahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret. Anda nilaikan sendiri.

Memang hangat betul persengketaan antara Maria Farida dan bekas isteri Datuk Rahman.  Ermmh, tidak tahu apa masalah mereka berdua sebenarnya tetapi berkemungkinan besar kerana salah faham dan rasa tidak puas hati yang wujud didalam hati. Kita nantikan sahaja perkembangan kes ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...