Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Bekas Isteri

Suami kepada pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur telah membuat satu laporan polis terhadap bekas isterinya, Karen Rayyan yang didakwa melanggar beliau sehingga mengalami kecederaan pada tangan dan bahagian kaki kiri.

Advertisement

Datuk Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang jam 5.30 petang Selasa ( 3 Mei 2016).

Tidak mahu dipersalahkan, Karen juga telah membuat laporan polis dan menegaskan beliau sama sekali tidak melanggar Datuk Rahman dan cuba untuk mempertahankan dirinya serta menghalang Datuk Rahman daripada mengambil anak mereka.

Kerana bergelut untuk mendapatkan anak mereka, Karen memberitahu Datuk Rahman terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Advertisement

Kes mereka berdua ini akan dirujuk ke mahkamah bagi proses untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top