Maria Farida Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Berpangkat Datuk?

Hiburan

Maria Farida Bakal Berkahwin Dengan Lelaki Berpangkat Datuk?

Cukup hangat dengan gosip yang mengatakan beliau merampas suami kawan baiknya sendiri iaitu Datin Karen Rahman serta kes bayaran tertunggak ketika menjadi duta kepada produk kecantikan milik Karen, Maria Farida nampaknya tidak akan membiarkan kontroversi berkenaan menghalang beliau untuk mengecapi kebahagiaan.

Advertisement

Menerusi portal Utusan Online, khabarnya Maria kini sedang sibuk meguruskan majlis perkahwinan beliau bersama seorang lelaki berpangkat Datuk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Maria dikatakan sudah hadir ke mahkamah baru-baru ini, untuk urusan perkahwinannya itu dan membuat permohonan untuk keizinan berkahwin menggunakan wali hakim.

Lelaki tersebut sebenarnya kawan baik Maria sendiri dan mempunyai anak-anak hasil hubungan terdahulu. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah buat Maria kerana beliau mempunyai hubungan yang agak baik bersama anak-anak bakal suaminya itu. Malah, kedua-dua belah keluarga juga sudah merestui hubungan mereka.

Wah, cepat juga Maria Farida membuat keputusan untuk berkahwin bukan? Mungkin juga sudah jodoh antara mereka, tetapi siapa agaknya Datuk yang menjadi pilihan hati Maria? Bertuah sungguh lelaki tersebut dapat Maria yang masih lagi cantik walaupun sudah agak berusia.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...