“Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil” – Ali Puteh Kesal Rumah Arwah Mak Bakal Disita, Berkait Dengan Saman RM60K

Hiburan

“Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil” – Ali Puteh Kesal Rumah Arwah Mak Bakal Disita, Berkait Dengan Saman RM60K

Baru-baru ini di Melodi, pelawak sensasi, Ali Puteh meluahkan rasa terkejut setelah menerima notis daripada pihak mahkamah bahawa rumah arwah ibunya yang terletak di Gombak, Selangor bakal disita.

Menurut Ali, dia berasa hairan kenapa perlu sita rumah arwah ibunya sedangkan kes dengan balu arwah abang, Abam Bocey merupakan dua perkara yang berbeza.

Advertisement

Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma.

@melodiberapi Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fyp??viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah ? original sound – Melodi

Dalam pada itu, pelawak berumur 34 tahun tersebut memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan sudah ‘penat’ dimaki netizen akibat isu yang berlaku bersama kakak ipar, Hidayah.

Apabila pihak Melodi bertanya soal bayaran ganti rugi RM60,000, Ali mengakui masih belum membuat sebarang pembayaran kepada pihak sana memandangkan sukar untuk mencari pendapatan ketika ini.

Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 tu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak campak sekali gus.

Sebelum ini, Ali Puteh atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan gagal dalam rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya untuk bayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerana memfitnah ibu tunggal, Hidayah di laman Instagram.

2 years ago

"Video Awak Timbulkan Persepsi Kita Ni Jahat" - Sudah 'Penat', Ali Puteh Mahu Masalah Dengan Hidayah Berakhir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...