“Video Awak Timbulkan Persepsi Kita Ni Jahat” – Sudah ‘Penat’, Ali Puteh Mahu Masalah Dengan Hidayah Berakhir

Hiburan

“Video Awak Timbulkan Persepsi Kita Ni Jahat” – Sudah ‘Penat’, Ali Puteh Mahu Masalah Dengan Hidayah Berakhir

Sedia maklum, kemelut di antara balu Allahyarham Abam Bocey, NorHidayah dan adik iparnya, Ali Puteh sehingga ke hari ini masih belum selesai dan seperti tiada kesudahan.

Melalui satu program sensasi TV3 iaitu Melodi baru-baru ini, Ali memberi kenyataan bahawa pihaknya telah dikecam oleh netizen sejak Hidayah mendedahkan bahawa diri tidak diendah sewaktu datang ke rumah arwah suami.

Advertisement

Menurut Ali, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kakak iparnya jika wanita terbabit tidak memuat naik sebarang rakaman video di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Apa motif kau berbuat begitu? Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk.

Ketika menjelaskan mengenai dakwaan yang dilakukan jiran selepas penularan video tersebut, pelawak tersebut meminta agar jiran berkenaan tampil berikan bukti-bukti untuk mendapatkan kesahihan.

Ali yang turut pernah menyertai program Maharaja Lawak itu sedar, diri di benci masyarakat sejak kemelut bersama Hidayah berlaku, namun dia percaya pada rezeki dan pihak yang ingin melihatnya kerja dalam industri seni.

Dalam pada masa yang sama, adik kepada arwah Abam itu turut mahu menamatkan pergaduhan yang berlaku dan menyelesaikan masalah yang sudah terjadi sejak arwah abangnya meninggal dunia ini.

1 year ago

Ditipu Syarikat & Persembahan Dibatalkan, Ali Puteh Akui Sukar Raih Pendapatan - "Saya Dibayar RM300 Sahaja"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...