Sebelum ini, Instagram Jay Chou dipenuhi dengan komen-komen negatif daripada sestengah netizen Malaysia kerana berpendapat tarikh konsert yang bakal dilakukan pada 15 Januari di Stadium Bukit Jalil bercanggah dengan perlawanan Malaysia pada 16 Januari.
Kerana dihentam teruk, penyanyi itu sendiri menjawab akan menundakan konsertnya sekira peminat bola memandang serius tentang perlawanan bola sepak.
Bagaimanapun, konsert Jay Chou yang berlangsung dua hari lalu telah menerima sambutan yang hebat daripada kalangan peminat dan mencipta sejarah hampir kesemua tempat duduk dipenuhi peminat.
Puas hati wei dia marah walaunta terutama part last tu! ???
Jay Chou lagi popular dari Billie Ellish, tempat konsert pun besar, jualan tiket pun sold out! Lagu pun best!
Sifat patriotik tu bagus tapi jgn bangang sangat sampai nak cyberbully artis kat Insta. What a shame! pic.twitter.com/2lzGLdwQPk
— ?????? (@aytsworld) January 16, 2023
Bahkan, peminat turut memuat naik ciapan mahu ‘mencari’ semula individu yang menyerang Instagram penyanyi tersebut dengan berkata dirinya tidak popular serta tidak layak membuat konsert di stadium itu.
Malah, ada yang membandingkan populariti Jay Chou jauh lagi hebat daripada penyanyi antarabangsa, Billie Ellish yang juga pernah melakukan konsert di stadium yang sama.