“Terpaling Minat Sampai Tak Beradab” – IG Jay Chou Jadi Mangsa Netizen Mengamuk Tak Dapat Beli Tiket Bola

Kehidupan

“Terpaling Minat Sampai Tak Beradab” – IG Jay Chou Jadi Mangsa Netizen Mengamuk Tak Dapat Beli Tiket Bola

Umum sedia maklum bahawa perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand bakal berlangsung pada Sabtu ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, para peminat sukan itu baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara hampir sebahagian tempat duduk di stadium tidak dapat dijual berikutan persediaan pentas bagi konsert penyanyi dari Taiwan iaitu Jay Chou yang dijadualkan berlangsung pada 15 Januari ini.

Advertisement

Sehubungan itu, Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut namun ia seolah-olah tidak dapat diterima kebanyakan peminat bola sepak tempatan.

Malah, gara-gara penutupan sebahagian tempat duduk stadium itu, laman Instagram penyanyi Jay Chou pula menjadi mangsa maki hamun netizen yang tidak berpuas hati.

Daging babi
1 year ago

"Anak-Anak Tak Bodoh" - Wanita Kesal Masak Daging Lembu Tapi Sebenarnya B*bi, Dakwa Bekas Suami Sengaja Buat Aniaya?

Bagi netizen yang kurang cakna mengenai isu tersebut, rata-ratanya mengkritik dan mempersoalkan pihak pengurusan artis itu yang tidak memilih lokasi lain selain Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelbagai kutukan dan kejian dilemparkan netizen sehingga ada yang ‘complain’ mengatakan sikap rakyat Malaysia yang tidak beradab dan membabi buta menyerang orang yang tidak bersalah.

Kerana bola, sikap rakyat Malaysia bertukar jadi tak ada adab. Hidup mati kerana bola, sumpah seranah semua keluar.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa tempahan stadium untuk konsert penyanyi itu telah dibuat pada 13 Mac 2019 manakala piala AFF pula dibuat pada 18 Ogos 2022.

Berikutan itu, hanya 59,000 tiket dapat dijual dari keseluruhan 80,000 kerana pemasangan pentas nyanyian telah melindungi pemandangan penonton di stadium berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...