Baru-baru ini, anak kepada pelakon dan penyanyi senior Jalil Hamid, tampil menyatakan rasa tidak senang hati apabila ada berita tersebar yang mengatakan bapanya didakwa meminta pertolongan orang ramai untuk merawat kondisi masalah jantung yang dihidapnya sekarang.
Katanya di ruangan komen hantaran berita tersebut, dia menegaskan bahawa bapanya tidak meminta sebarang bantuan dari siapa-siapa seperti yang disangka. Tambahnya, Jalil menggunakan simpanan duit sendiri sepanjang rawatan di samping duit anak-anak yang turut menyumbang.
Ayah siap halang kami untuk buka tabung dan minta bantuan awam.
Aku nak tanya mana bukti ayah minta bantuan orang ramai.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, anak kepada penyanyi lagu Ayam ini juga meminta agar wartawan yang menulis berita tersebut untuk memberi bukti yang menyokong penyataan tersebut. Dia juga turut memberi amaran kepada portal berkenaan untuk menurunkan berita itu sebelum diambil tindakan.
Mungkin kerana gesakan netizen yang turut menyokong agar hantaran tersebut dihapus, kini portal berkenaan telah pun memadam berita dan pos yang dimuat naik di Instagram.