“Bila Ada Kerja Ada Gaji, Bila Tak Ada Termenung Je Lah..” – Dah Tiga Tahun Tak Ada ‘Job’, Pelakon Veteran Jalil Hamid Berasa Resah

Hiburan

“Bila Ada Kerja Ada Gaji, Bila Tak Ada Termenung Je Lah..” – Dah Tiga Tahun Tak Ada ‘Job’, Pelakon Veteran Jalil Hamid Berasa Resah

Baru-baru ini, ramai pelakon-pelakon veteran yang tampil menyatakan rasa sedih kerana telah kurang sumber pendapatan disebabkan tidak lagi mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak produksi.

Nasib yang sama juga telah menimpa seorang pelakon dan penyanyi hebat, Jalil Hamid yang dimaklumkan sudah kurang mendapat tawaran lakonan. Dirinya juga telah diuji dengan pelbagai gangguan kesihatan diusianya yang tua ini.

Advertisement

Pada mula memang ada masalah esofagus. Sebelum tu saya ada didiagnos masalah hati, jantung dan kaki mula bengkak bila minum air lebih.

Malu nak cerita, kita ni kerja harapkan gaji. Bila ada kerja ada gaji, bila tak ada termenung je lah..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jalil Hamid (@jalilhamid)

Penyanyi asal lagu Ayam ini juga akui merasa resah kerana tidak mendapat kerja sudah tiga tahun dan pada masa yang sama berasa kasihan terhadap isterinya juga. Dirinya berkata dia tidak keberatan untuk bekerja jika mendapat tawaran selagi mampu.

Namun begitu, Jalil juga berpendapat bahawa dia faham situasi dimana dia kurang mendapat pekerjaan disebabkan masalah kesihatan yang dihidapnya. Tambahnya, kini dia hidup berlandaskan apa yang ada sahaja untuk meneruskan hidup.

Pelakon senior ini juga berkata jika apa siapa-siapa yang sudi mengambilnya kerja, dia akan terima namun tidaklah lasak seperti dulu ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

curang
7 months ago

Artis Lelaki Baru Kahwin Setahun Dah Ada Kekasih Lain, Abai Isteri Yang Juga Anak Kepada Pelakon Veteran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...