“Mana Ada Tuala Wanita Harga ‘Kayangan’..” Nurul Hidayah Bersuara Isu Kemiskinan Haid Di Malaysia

Hiburan

“Mana Ada Tuala Wanita Harga ‘Kayangan’..” Nurul Hidayah Bersuara Isu Kemiskinan Haid Di Malaysia

Tular di media sosial terutamanya Twitter apabila isu kemiskinan haid di Malaysia dianggap sesuatu yang tidak benar dan tidak mungkin terjadi kerana harga tuala wanita di Malaysia tidaklah terlalu mahal.

Larangan penjualan arak
3 years ago

Arak Kini Dilarang Dijual Di Kedai Runcit & Serbaneka, Hanya Bir Dibenarkan Dengan Syarat

Advertisement

Topik tersebut turut mendapat perhatian Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sehingga pendapatnya mengenai isu tersebut telah mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Terdahulu, terdapat beberapa aktivis sosial serta ahli politik mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat wanita yang tidak berkemampuan sanggup hamil berulang kali kerana tidak mampu menanggung kos membeli tuala wanita berikutan kedatangan haid setiap bulan.

Kemudian,  Nurulhidayah di sebuah hantaran di Instagram tampil memberi komen seolah-olah ‘membantah’ pemberian bantuan tuala wanita kepada golongan miskin ini.

Meskipun begitu, anak kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak membantah usaha murni tersebut.

Keperluan miskin bandar dan miskin pedalaman adalah berbeza. Faham nak bagi pad free tu. Bukan bantah atau tak setuju. Tapi sampai bila kita nak ajar menerima tanpa memberi ilmu dan pengetahuan yang khusus untuk para wanita B40 berdiri sendiri.

Katanya , dia bercadang agar mereka ini diberikan modal serta ilmu untuk memulakan perniagaan bagi bantuan jangka panjang.

 

Cara perancang keluarga yang betul. Ini jangka masa panjang untuk rakyat. Bukan jangka masa singkat. Bagi pad, lepas itu? Banyak lagi cara nak perjuangkan nasib golongan B40. Itu maksud saya.

Kenyataan Nurulhidayah sebelum ini dianggap netizen sebagai tidak sensitif kerana memang wujud masalah kemiskinan haid seperti golongan miskin dan  gelandangan  yang menggunakan tisu atau baju lama ketika haid bagi menjimatkan kos.

Sehubungan itu, ramai netizen mempersoalkan Nurulhidayah yang mengatakan seolah-olah tidak wujud masalah seperti itu sedang berlaku di negara ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...