Arak Kini Dilarang Dijual Di Kedai Runcit & Serbaneka, Hanya Bir Dibenarkan Dengan Syarat

Berita

Arak Kini Dilarang Dijual Di Kedai Runcit & Serbaneka, Hanya Bir Dibenarkan Dengan Syarat

Berkuatkuasa 1 November lalu, pemilik kedai runcit, kedai serbaneka dan juga kedai ubat cina dilarang untuk menjual minuman keras kepada pengguna.

Zulfarhan
2 years ago

Susulan Kes Kematian Zulfarhan, Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Advertisement

Manakala penjualan bir masih lagi dibenarkan dengan syarat penjualan hanya bermula dari jam 7 pagi hingga 9 malam seperti mana terkandung dalam syarat baharu permohonan Lesen Minuman Keras (LMK).

ArakSumber : Google  

Selain itu, ruang pameran minuman keras yang dibenarkan mestilah diasingkan daripada jenis minuman yang lain, mengunci ruang jualan selepas tamat waktu jualan serta had umur pembeli mestilah berusia 21 tahun ke atas.

Peraturan terbaru itu telah dimaklumkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di mana penguatkuasaan Garis Panduan Ke Atas Larangan Penjualan Minuman Keras itu sepatutnya dilaksanakan pada 1 Oktober lalu namun ditunda sebulan kemudian.

Arak displaySumber : Google  

 

Selepas mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, DBKL mengambil pendekatan memperkemas dan memperhalusi garis panduan sedia ada. Garis Panduan dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras (Liquor Yang Memabukkan) Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur yang baharu ini berkuat kuasa mulai 1 November 2021 dan ia mesti dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.

Dalam pada masa yang sama, pihak DBKL ada menjalankan sesi libat urus bersama pihak terlibat seperti persatuan pengilang, pembotol dan peruncit, majlis perwakilan penduduk serta Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai kata sepakat dalam isu ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...