Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu, enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.
Perkara tersebut diputuskan oleh Hakim Datuk Azman Abdullah di mana mereka berenam telah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 299 dan dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh yang dijatuhkan hukuman tersebut adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabir dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Seksyen 304 (a) yang dikenakan terhadap mereka memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun maksimum dan denda, jika sabit kesalahan.

Setelah beberapa tahun kes tersebut dibawa ke muka pengadilan, bukti jelas menunjukkan keenam-enam tertuduh telah mencederakan hingga menyebabkan kematian tanya niat membunuh Zulfarhan.
Manakala 12 lagi tertuduh yang juga pelajar institusi pendidikan yang sama disabitkan bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.
Kesemua 12 pelajar terbabit dikenakan penjara maksimum 7 tahun dan denda.

Perlakuan kejam itu dilaporkan telah dilaksanakan dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.
Allahyarham Zulfarhan Osman kemudian meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
MiN
November 3, 2021 at 9:50 am
Zalim betul ..masih muda dh kejam dn cuba bygkn lps solat, ,,dera kwn yg dh meraung,,sakit,,perit,,,SESAMA ISLAM DN MELAYU…lebih dr KOMUNIS + JEPUN,,kita iron baju pun x sampai 90x,,sptt mrk juga kena iron. Phk berkuasa pun x kenakan tindakan kjm utk perompak, pembunuh,,pe…bersiri.
Ya allah,,berikan balasan dn pengajaran utk penzalim2 arwah Zulfarhan dn keluarga2 mrk
Anonymous
November 2, 2021 at 4:12 pm
jumpe tak laptop yg depa tuduh arwah curi tu?
Siti
November 2, 2021 at 2:56 pm
moga hidup korang sentiasa di selubungi rasa bersalah… dah bunuh tapi terlepas hukuman, mungkin di dunia bukan di Sana
Scha
November 2, 2021 at 7:20 pm
Semoga mendapat pembalasan yang setimpal di akhirat kelak. Kalau kena hukum gantung kira dah settle dah kat sana. Baik ngaku bersalah je.
Aza
November 3, 2021 at 9:41 am
Alfatihah utk roh zulfarhan semoga ditempatkan di syurga