Mamat Sepah Berhenti Gunakan Twitter Selepas Insiden Penyebaran Gambar Kemalangan Zed Zaidi

Hiburan

Mamat Sepah Berhenti Gunakan Twitter Selepas Insiden Penyebaran Gambar Kemalangan Zed Zaidi

Nama Mamat Sepah sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Masih ingat lagi dengan gambar kemalangan Zed Zaidi yang tersebar luas di Twitter kelmarin? Menurut portal GUA, Mamat Sepah merupakan orang pertama yang memuat naik gambar kemalangan tersebut dan menyebabkan kekecohan.

mamat sepah

Advertisement

Setelah gambar tersebut disahkan sebagai salah satu babak lakonan drama Zed Zaidi, Mamat Sepah telah pun menggunakan Twitter untuk membalas teguran yang dilemparkan kepadanya kerana penyebaran gambar palsu tersebut. Sayangnya penggunaan kata-kata carutan dan ugutan telah pun digunakan oleh Mamat Sepah.

mamat sepah

Di saat artikel ini ditulis, twitter Mamat Sepah sudah pun tidak aktif lagi. Kemungkinan besar Mamat Sepah tertekan dengan apa yang terjadi. Secara jujur, sepatutnya Mamat Sepah hanya perlu memohon maaf menerusi Twitter atas penyebaran gambar palsu tersebut. Kalau itu yang Mamat lakukan, sudah pasti hal ini tidak merebak besar.

mamat sepah

Kemungkinan besar Mamat juga turut tertekan dengan apa yang terjadi menyebabkan Mamat mengeluarkan kata-kata sebegini. Apa kata anda? Kredit info portal GUA dan Hazrey.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

115 Comments

  1. Kelly

    July 27, 2012 at 10:54 am

    si mamat ni memang bermasaalah sebelum femes jadi pelawak pun..sebelum ni pun da macam2 hal..da jadi artis lagi la naik tocang…

  2. Kelly

    July 27, 2012 at 10:52 am

    si mamat ni memang bermasaalah sebelum femes jadi pelawak pun..sebelum ni pun da macam2 hal..da jadi artis lagi la naik tocang…

  3. Hamba-Mu yang Kerdil

    July 27, 2012 at 9:41 am

    Inilah dia bahaya Facebook dan Twitter yang dicipta oleh Yahudi untuk merosakkan umat Islam dalam diam2. Ustaz Don mengingatkan, dalam bulan Ramadan yang mulia ni, semua pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, sebagai umat Islam yang beriman yang berpuasa, kita kena jaga perkataan, perbuatan daripada perkara-perkara yang menjurus kepada mengumpat, menfitnah,dll. Kadang2 kita rasa mulut tak mengumpat, tapi terlupa jari mengumpat. Astaghfirullah halazim…

  4. gmie dealova

    July 27, 2012 at 9:11 am

    Mamat sepah ni dah macam bersepah sepah dah aku tengok, kata kata tak kontrol tak tapis, gaya macam orang kampung yg tak ada pelajaran dan agama. Untuk mamat sepah,jangan ingat semua benda boleh dibuat lawak,kadangkala benda yg kita buat lawak itu membuatkan orang meluat dan benci kita. Anda seorang artis walaupun tak berapa nak glamor sangat, kalau glamor dah banyak kot tawaran belakon etc. Sedar sedarlah diri dan belajar untuk menerima kritikan orang lain,kadangkala orang lain nampak apa yg kita tak nampak pada diri kita so,jaga tutur kata, jaga tingkah laku, jaga adat sopan supaya orang tidak terus menerus membenci dan meluat dengan anda. Jujur, aku tak minat ko dan tak pernah respect ko, bagi aku ko tak ada bakat langsung dalam melawak, ko just follower dalam kumpulan sepah.

  5. muda mudi

    July 27, 2012 at 9:10 am

    maaf bukan sengaja nak submit sampai 3 kali. system yang menunjukkan error.

Loading...