July 26th, 2012

Nama Mamat Sepah sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Masih ingat lagi dengan gambar kemalangan Zed Zaidi yang tersebar luas di Twitter kelmarin? Menurut portal GUA, Mamat Sepah merupakan orang pertama yang memuat naik gambar kemalangan tersebut dan menyebabkan kekecohan.

mamat sepah

Setelah gambar tersebut disahkan sebagai salah satu babak lakonan drama Zed Zaidi, Mamat Sepah telah pun menggunakan Twitter untuk membalas teguran yang dilemparkan kepadanya kerana penyebaran gambar palsu tersebut. Sayangnya penggunaan kata-kata carutan dan ugutan telah pun digunakan oleh Mamat Sepah.

mamat sepah

Di saat artikel ini ditulis, twitter Mamat Sepah sudah pun tidak aktif lagi. Kemungkinan besar Mamat Sepah tertekan dengan apa yang terjadi. Secara jujur, sepatutnya Mamat Sepah hanya perlu memohon maaf menerusi Twitter atas penyebaran gambar palsu tersebut. Kalau itu yang Mamat lakukan, sudah pasti hal ini tidak merebak besar.

mamat sepah

Kemungkinan besar Mamat juga turut tertekan dengan apa yang terjadi menyebabkan Mamat mengeluarkan kata-kata sebegini. Apa kata anda? Kredit info portal GUA dan Hazrey.


115 responses to “Mamat Sepah Berhenti Gunakan Twitter Selepas Insiden Penyebaran Gambar Kemalangan Zed Zaidi”

  1. narito says:

    bagi aku mamat dengan retwit to pun bangang gak..semua bangang la..aku rasa kalo korang cakap2 leklok mamat sepah tak marah pun..tapi padan gak muka mamat sepah tu..aku tak minat mamat ni.

Loading...