“Mamak Pun Tak Pakai!” – Uli Tepung Tak Pakai ‘Gloves’, Lana Nodin Bergaduh Dengan Netizen?

Hiburan

“Mamak Pun Tak Pakai!” – Uli Tepung Tak Pakai ‘Gloves’, Lana Nodin Bergaduh Dengan Netizen?

Pelakon jelita yang kini bergelar usahawan, Lana Nodin baru-baru ini tampil mengecam tindakan sesetengah netizen yang mengkritiknya tidak memakai sarung tangan ketika membuat roti.

Dia yang dihubungi Gempak berkata, perkara-perkara seperti itu adalah remeh dan tidak perlu dijadikan isu oleh warga maya.

Advertisement

Kata pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini lagi, dia sebenarnya tidak terkesan dengan komen-komen kritikan seperti itu namun ada masanya Lana akan membalas balik soalan netizen terutamanya ketika Live di Instagram.

Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.

Jenis lebih-lebih saya akan sekolahkan balik. Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tanga, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah mamak tu tengok sendiri.

Tambahnya, soal kebersihan memang akan dititikberat memandangkan dia juga seorang yang beragama Islam dan agama menganjurkan setiap umatnya untuk menjaga kebersihan diri.

Enggan bermuka-muka kata Lana, tindakannya yang seolah-olah ‘mencari gaduh’ itu mungkin dianggap sebagai sesuatu yang kasar namun itu hanyalah sikap sebenar dirinya.

“Nak kenal saya ni senang saja straight forward. Kalau saya tak suka saya cakap, tak suka simpan rahsia atau bermuka-muka.” tegas Lana.

7 bulan lalu

"Banyak Sangat Buat Dosa Kering" - Lana Nodin Mengaku 'Buat' Hidung Tapi Terpaksa Disebabkan Kemalangan RXZ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...